Polisi Penukaran


Polisi Penukaran Semula
Kami di MarySlimWear.com menghargai keyakinan pelanggan-pelanggan terhadap kami. Kami menawarkan tiga (3) hari jaminan kepuasan terhadap produk korset kami. Anda mempunyai tiga (3) hari bekerja untuk memulangkan semula dan mesti mematuhi syarat-syarat berikut. Anda juga bertanggungjawab untuk kos penghantaran semula. Semua korset yang dihantar akan dinilai oleh bahagian pemeriksaan kualiti kami sebelum penukaran diluluskan.
Kami juga mengenakan kos pengurusan, pembungkusan dan penghantaran semula sebanyak RM 10 untuk setiap korset yang dipulangkan semula.
Kami akan memeriksa korset yang dihantar semula dan korset yang diluluskan untuk penukaran mestilah mematuhi syarat-syarat di bawah:-
1. Anda hendaklah memaklumkan kepada pihak kami dalam masa 24jam (1 hari bekerja) mengenai permintaan memohon menukarkan korset samada melalui sms ke bahagian khidmat pelanggan atau email maryslimwear@gmail.com.
2. Penghantaran semula mestilah dilakukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan dan nombor jejak (Tracking No) penghantaran diberikan kepada kami dalam tempoh tersebut.
2. Tag mestilah terpasang dan dipulangkan dalam bungkusan asal.
3. Korset mestilah dalam keadaan tiada kesan regangan pada kain korset atau tanda-tanda yang korset itu telah dipakai.
4. Korset tidak mempunyai kesan dibasuh atau apa-apa kesan kotoran atau bau dari pewangi, mekap, losyen atau minyak angin. Kami mengesyorkan anda mandi sebelum mencuba korset.
5. Kami memenuhi peraturan kesihatan (Health Code Regulation) untuk pakaian dalam : anda diwajibkan memakai seluar dalam sendiri sebelum mencuba korset dan JANGAN mencuba seluar dalam yang disertakan sekali! Jika seluar dalam dipulangkan kepada kami, kami akan menghantar seluar dalam yang sama kepada anda. Hanya korset sahaja akan ditukarkan kepada saiz baru.
Setiap pertukaran hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA dan caj RM10 akan dikenakan.
Setiap korset yang dihantar akan disemak oleh pihak MarySlimWear.com dan pihak kami berhak untuk tidak menggantikan korset baru jika syarat diatas tidak dipenuhi. Kami juga berhak untuk menolak sekiranya anda tidak memberikan nombor jejak penghantaran dalam tempoh 3 hari bekerja. Kami juga berhak menolak sekiranya pemulangan anda tiba melebihi tujuh (7) hari bekerja dan tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan disebabkan kesibukan anda.
Korset yang tidak diluluskan untuk pengantian akan diposkan kepada anda semula dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Produk Rosak atau Tersilap Hantar
Sekiranya anda menerima korset yang mempunyai kerosakan disebabkan oleh pengilangan, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di nombor 018-9636533 dalam masa 1 hari bekerja selepas barang diterima.
Korset perlu dihantar kembali kepada kami dalam masa tiga (3) hari bekerja dan sampai ke pihak MarySlimWear.com dalam masa tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
Sila kembalikan korset dengan nota menyatakan sebab pemulangan seperti "ROSAK" (nyatakan) atau "SILAP SAIZ" (nyatakan saiz yang anda inginkan) agar kami dapat memberikan membantu menyelesaikan masalah anda.
Jika terdapat kerosakan lain, selain dari yang anda sebutkan, pihak kami berhak untuk menolak proses penghantaran semula produk baru dan caj kos penghantaran tidak akan dipulangkan semula.

0 ulasan: