Isnin, 15 Jun 2015

PANDUAN MUDAH BERSALIN

Syukur Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai wanita. Naluri kewanitaan yang halus, lembut dan manja tapi berjaya mengharungi apa jua kesakitan. Segala kesakitan yang ditanggung sewaktu mengandung & bersalin seperti sudah hilang dan terubat bilamana keluarnya bayi. 
Kesakitan semasa bersalin memang diluar imiginasi kita sebenarnya. Walau bagaimana pun, .waktu-waktu sukar selama 9ses mengandung & melahirkan cahayamata lambang cinta agung kita bersama suami yang penuh dugaan. Dapat melahirkan zuriat Dari satu generasi ke generasi macam-macam petua/panduan mudah bersalin diperturunkan. Ada yang ikut malah ada jugak yang tak berkenan nak ikut. Itu terpulang pada individu. Admin pun tak ikut semua, ikut keserasian masing-masing. Berikut beberapa petua yang ingin admin kongsikan. Semoga berguna :)
-Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
-2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
-Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)


-Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
-Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
-Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
-Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
-Makan kurma dalam bilangan ganjil 
-Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
-Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
-Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
-Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk 
-Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
-Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2
-Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
-Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
-Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

0 ulasan: